Sunday, October 13, 2019

Zaman Yang Terakhir : Teguran Kepada Berakal Politik

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Sejahtera kepada semua pembaca yang bukan beragama Islam. Salam Sejahtera juga diucapkan kepda Baginda Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda, para sahabat, para tabien dan para mujahidin yang sentiasa berjuang di jalan Allah hingga perhujung zaman.

Politik itu adalah sesuatu perkara yang dituntut dan perlu diketahui oleh setiap individu di sesebuah negara. Politik merupakan asas kepada pembinaan sebuah negara bangsa yang makmur atau sebaliknya. Namun begitu, biarlah semua yang membaca petikan kecil ini memahami prinsip saya sebelum menghuraikan berkenaan politik.

أعوذ بالله من الشيطان والسياسة
Maksud : "Aku berlindung dengan Allah dari Syaitan dan Politik"

Begitulah pendirian saya berkenaan perkara ini. Adalah maklum bahawa saya tidak berpihak mana-mana individu atau ahli politik sendiri. Tetapi ini merupakan teguran suci dan jujur dari insan yang tidak mengetahui apa-apa.

Semenjak Pilihan Raya ke-14 yang lalu, banyak perubahan yang telah berlaku. Dari sudut sosial, Kontrak Sosial 1956 cuba dihidupkan semula. Walaupun ada pelbagai kata-kata yang menyatakan bahawa wujud ketidakseimbangan kuasa berlaku dimana orang-orang Melayu dan Bumiputera semakin dipinggirkan. Dari sudut ekonomi pula, pelbagai usaha untuk membangunkan ekonomi walaupun 'mereka' bagaikan menepuk air di atas dulang. Air ditepuk, kena muka sendiri. Namun bukan itu niat penulis untuk membahaskan kerana ianya diluar bidang penulis dan tidak berada dalam tajuk perbincangan kita.

Apa yang ingin diketengahkan adalah dari sudut politik. Adalah perlu difahamkan kepada mereka yang 'berakal politik' bahawa apa yang terjadi dihadapan mereka bukanlah apa yang disangka. Mereka melihat para Ahli Berhormat dari Parlimen dan Dewan Undangan Negeri bertelagah, cuba membela nasib rakyat sedangkan mereka duduk semeja, meminum kopi dan berbual kosong. Fahamkan diri itu dahulu yang telah terperosok ke dalam lubang biawak dan berusaha keluar sebagai manusia. Jangan pula keluar seperti biawak yang telah membohongi kita.

Apa yang lebih merisaukan penulis adalah golongan remaja. Benar sekali apa dikata orang, 'darah panas' dan 'darah membara' yang mengalir bagaikan sungai pada diri remaja itu memang ada. Namun, kebanyakkan anak muda zaman ini khususnya di Universiti Kebangsaan Malaysia sudah mengikat diri mereka dengan politik. Ada diantara mereka hanya menjadikan politik sebagai fardhu kifayah. Ada pula yang menjadikan politik sebagai mainan sahaja. Ada pula yang menjadikan politik sebagai medan melepaskan amukan diri dan keinginan nafsu untuk bertelagah.

Kebanyakkan dari mereka berkata seperti:
"Sedang muda dunia dicapai, kalau sudah tua apa gunanya" (Hamka.2015)

Pilihan Raya Kampus semakin dekat. Banyak gerakkan politik sedang memancing ikan yang hilang aliran sungainya untuk dijadikan makanan. Satu sahaja peringatan dari penulis. Jangan kita berpecah dek kerana politik. Terlalu ramai yang bermasam muka hanya kerana politik yang kecil ini. Adakah kita sudah hilang arah atau kita sengaja menghilangkan arah?

Teringat penulis kata-kata Dr. Zulkifli Muhd al-Bakri ketika membahaskan tentang guru beliau, beliau meningatkan kepada para ulama' untuk mengetahui serba sedikit berkenaan politik. Bukanlah untuk menyuruh mereka terlibat di dalamnya, tetapi untuk mengetahui 'sepak terajang' di dalam bidang ini. Walaupun ianya ditujukan kepada alim ulama', tetapi kita juga harus mengambil sebagai satu pedoman kepada kehidupan kita pada hari ini.

Jangan jadikan politik sebagai medan kebencian. Jadikan ia sebagai medan perpaduan. Adakah kita mahu Syria ke-2 di negara kita? Segalanya bermula di sini. Bertaubatlah. 

Rujukkan:
1) Hamka. 2015. Merantau Ke Deli. PTS Publishing House Sdn. Bhd. Selangor.
2) Zulkifli Mohd al-Bakri. 2013. Syeikh Muhammad Said Ramadan al-Buti Yang Ku Kenali. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn. Bhd. Negeri Sembilan.

UMAR BIN ABDUL AZIZ: CONTOH DAN SATU TAULADAN

Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, terdapat ramai dikalangan kepimpinan Islam telah lahir atas dasar membangun bersama di bawah p...